Viral

UNTUNG TAK MAKAN PASIR

VIRAL MAKANAN TAK SEDAP

Baru-baru ini telah VIRAL di media sosial di sebabkan salah seorang mahasiswa upload gambar makanan yang di berikan secara percuma kepada mereka tak berapa sedap.

Kita tahu tak semua pelajar universiti yang di benarkan pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ini kerana terdapat beberapa faktor yang tidak mengizinkan mereka untuk pulang ke kampung masing-masing.

Oleh itu, pihak universiti telah memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga kebajikan para mahasiswa di universiti sepanjang PKP ini.


Setiap hari para mahasiswa di setiap universiti akan di sediakan makanan secara percuma. Namun viral satu isu dalam Twitter baru-baru ini yang di tulis oleh salah seorang mahasiswa.

Walau bagaimanapun, pemilik Twitter tersebut telah padam akaunnya kerana telah dapat kritikan hebat dan panas daripada semua warganet yang membaca luahannya.

Ini apa yang ditulis oleh mahasiswa tersebut sehingga membuatkan orang ramai dalam media sosial marah :

Ni contoh makanan PKP untuk mahasiswa yang duduk kat kolej kediaman ya! bukan tak bersyukur tapi tu lah….


Bersyukurlah kerana kita tak dibagi makan pasir wahai anak muda, jangan kita tahu complain sahaja kerana dalam keadaan sekarang kita perlu fahami dan bersyukur dengan apa yang diberi.

Padahal ramai lagi kat luar sana tu tak dapat makan, kita pulak sesuka hati buang makanan dan merungut itu ini. Korang tak rasa lagi makan nasi berulam garam dan air kosong.

Kalau korang dah rasa barulah korang tahu apa itu maksud bersyukur, korang ni di kira untung makanan tak payah bayar internet tak payah bayar dapat tempat tidur yang selesa pulak tu.

Ingatlah suatu hari nanti bila kita dah ada anak baru kita nak marah-marah sebab tak reti bersyukur.

Cuba kita imbas kembali kenapa anak kita jadi macam tu, mereka jadi macam tu kerana dulu kita pun seperti mereka.

Renung-renungkan dan terimalah dengan hati yang terbuka dengan apa yang kita dapat sekarang.

Facebook Comments