Viral

SUNGGUH BIADAPNYA KAMU

Rider yang sanggup bertugas walaupun dalam keadaan hujan.

Sudah hampir dua bulan kita diminta untuk berkurung di rumah akibat penularan wabak Covid-19. Justeru itu, khidmat penghantar makanan amat diperlukan kerana orang ramai gusar untuk keluar mencari makanan kerana takut dijangkiti wabak tersebut.

Oleh sebab pertambahan pesanan, perkhidmatan mereka sedikit lewat ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Namun, masih ada insan yang sombong dengan menghina serta mempermainkan penghantar makanan tersebut dengan sesuka hati.

BIADAPNYA HINA PENGHANTARAN MAKANAN

Menerusi satu posting yang viral di Facebook semalam, seorang lelaki telah menzahirkan rasa sangat kesal dengan individu yang begitu angkuhnya mengkritik penghantar makanan di ruangan komen.

Dalam gambar yang telah disertakan, kelihatan jelas penghantar makanan tetap bekerja dalam keadaan hujan lebat. Namun, seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Maya Lara telah meninggalkan komen yang sangat menjengkelkan.

Antara komen seorang pengguna facebook yang begitu kesal dengan tindakan individu tersebut.
KALAU ORDER FOODPANDA JANGAN BAYAR ONLINE, KITA BAYAR CASH JE
Begitu biadapnya kamu memberikan komen yang tidak berkeperimanusiaan.
GEMBIRA GUNAKAN ALASAN HUJAN

Pengguna Facebook tersebut dengan angkuhnya mengatakan tidak perlu membayar makanan yang dihantar jika terlambat kerana hujan dan biarkan mereka makan sendiri pesanan tersebut.

Sikap yang dilakukan oleh Maya Laura itu tidak menyenangkan warganet dengan biadapnya pengguna facebook tersebut melemparkan komen sebegitu.

TAHU NAK CARI SALAH ORANG SAHAJA

Susulan daripada perkongsian yang telah dibuat oleh Mohd Fitri Western, rata-rata warganet berasa sangat berang dengan sikap kurang ajar pengguna Facebook yang dikenali sebagai Maya Lara.

Hal ini kerana semua sudah sedia maklum bahawa penghantar makanan merupakan frontliner yang bertugas ketika pendemik Covid-19 menular di dalam negara. Lambakan pesanan membuatkan perkhidmatan mereka terlalu terhad dan agak lewat namun tetap sampai ke kediaman masing-masing.

Sumber : Mohd Fitri Western

Facebook Comments