Dunia

SHARNAAZ AHMAD DI CHARGE KOS DELIVERY SEHINGGA RM17 JARAK TAK SAMPAI 5KM

Baru-baru ini pelakon Sharnaaz Ahmad sangat terkejut apabila terpaksa membayar kos penghantaran sebanyak RM17 dari Taman Tun Dr Ismail (TTDI) ke Mont Kiara yang jaraknya tidak sampai 5KM.

Sharnaaz atau nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, berkata dalam video yang dimuatnaik dalam youtube bahawa dia tidak berniat untuk mempertikaikan perkara sebegitu dan beliau hanya ingin mendapatkan penjelasan yang sebenar daripada pengiraanya.

Komen netizen yang bersetuju dengan Sharnaaz Ahmad

“Aku tak tahu benda ini sudah ada sebelum ini atau baru sekarang, Anda perasan tak? Price delivery yang agak gila. Beli barang tak sampai RM5 tapi kos penghantaran RM20. Jarak perjalanan bukan jauh pun, bukannya Mont Kiara ke Kajang.”

“Kalau dari TTDI hantar ke Mont Kiara sampai RM20, naik motor apa benda? Macam yang terjadi pada aku. Dia dari TTDI nak hantar barang dekat aku di Mont Kiara tapi harga penghantaran RM17. Jarak tak sampai 5 Kilometer.”

DIA NAK JUGA HARGA TU

“Dia nak jugak harga itu, kami tiada pilihan dan kalau ada pilihan, aku dah start naik motor pergi sendiri. Aku bukan marah, tapi hanya ingin bertanya siapa yang menjaga dan kawal dari segi harga itu, bukan nak kecam rider, aku sayang mereka.”

“Mereka sudah jalankan yang terbaik sebab jadi frontliner. Cuma, tak tahu pengurusan macam mana yang buat sesuatu benda dan jadi tekanan kepada rakyat,” kata sharnaaz.

Rata-rata netizen yang komen di video itu bersetuju dengan pandangan sharnaaz dan ada juga sesetengah rider berkongsi pengalaman masing-masing dengan hanya mengambil upah delivery sebanyak RM8 biarpun jarak perjalanan jauh.

TUJUAN BUAT VIDEO

Sharnaaz juga memberitahu tujuan dia membuat video tersebut untuk menyuarakan perkara itu dan hanya inginkan penjelasan dari pihak yang sepatutnya.

“Aku bukan saja nak buat video ni dan aku tak tahu sama ada betul atau aku akan kena kecam balik, tapi aku bercakap bagi pihak aku sendiri dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Kalau benda ni salah aku mintak maaf.”

“Bagi aku, memang tak berapa cantik lah, harga macam mana kira? Terlalu mahal. Medium yang kami gunakan sedang disalah guna kuasa. Kalau aku silap, kita boleh bincang.

“Aku hanya ingin menyuarakan untuk mendapatkan penjelasan, mungkin aku tak dijelaskan selama ini. Kalau aku bodoh, aku mintak maaf. Aku boleh mengaku diri bodoh. Kalau aku tak diajarkan mengenai perkara ini, korang boleh ajarkan.’ Katanya.

Sumber : Sharnaaz Ahmad Tv

Facebook Comments