Viral

SANGGUP TIPU PIHAK BERKUASA


Baru-baru ini VIRAL di media sosial 1 keluarga yang menipu pihak berkuasa demi kepentingan diri sendiri.

Kisah mereka menjadi viral kerana mereka upload di media sosial “Alhamdulillah, dah selamat sampai kl”.

Kenapa sanggup tipu pihak berkuasa demi kepentingan diri sendiri.

Langsung tak fikirkan apa akibatnya bila menipu pihak berkuasa, kan kerajaan dah pesan duduk rumah tapi degil jugak nak keluar rumah.

Kami dapati pihak polis sedang giat jalankan operasi untuk mencari keluarga tersebut yang menipu pihak berkuasa tanpa alasan yang munasabah.

Pihak polis akan ambil tindakan yangsewajarnya keatas keluarga yang menipu pihak berkuasa.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata.

Semalam tular di media sosial berkaitan lelaki terbabit yang memberi ‘tips’ bagaimana ingin menipu polis untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya nak beri peringatan kepada semua jangan pengaruhi orang lain untuk ikut tindak tanduk mereka.

“Polis sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan diambil kepada mereka kerana tiada sesiapa boleh terlepas dari undang-undang lebih-lebih lagi mereka mengakui ingkar arahan PKP,” katanya pada sidang media harian di Putarajaya

Tular di media sosial dengan alasan bawa anak buat pemeriksaan di klinik kesihatan.

Mengulas mengenai dakwaan polis tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan kepada pesalah PKP, beliau berkata, tindakan polis itu mengikut Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan jelas menyatakan Menteri.

Kesihatan boleh melantik mana-mana pegawai termasuk polis yang diberikan kuasa melaksanakan perkara berkaitan akta itu.

“Segala kesalahan mengingkari perintah pegawai awam boleh dihukum mengikut akta itu dan kanun keseksaan… Jadi jika ada yang persoalkan kuasa polis saya ingin jelaskan polis memang berkuasa bagi melaksanakan tugas apa yang termaktub dalam akta itu,” katanya.

Facebook Comments