Dunia

PKP DISAMBUNG LAGI SEHINGGA 12 MEI

Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 28 April 2020 akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020.”

MUNGKIN TAK DAPAT RAYA DI KAMPUNG

Hari ini adalah hari pertama kita menyambut bulan ramadhan yang mulia, seperti yang kita tahu bahawa perintah kawalan pergerakan telah dilanjutkan sehingga 12 mei.

Bekemungkinan ada keluarga yang tak dapat beraya dikampung halaman masing-masing, tapi anda tak perlu risau kerana anda masih dapat beraya bersama anak dan isteri. Walaupun anda tak dapat beraya di kampung halaman sekurang-kurangnya ada masih mempunyai anak dan isteri untuk menunaikan ibadah puasa dan juga menyambut hari raya.

Pengorbanan yang kita lakukan ini akhirnya sudah membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Malaysia pada perutusan beliau seketika tadi. Fuh, lega kami mendengarnya namun apa yang kami pasti perjuangan ini masih belum selesai.

PENURUNAN YANG SANGAT BANYAK

Semalam, kes-kes baharu COVID-19 telah berkurang dengan ketara. Daripada ratusan kes baharu setiap hari di awal perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, Alhamdulillah pada semalam kita bersyukur kerana kes-kes baharu telah menurun kepada puluhan kes sahaja. InsyaAllah, dengan usaha-usaha yang sedang giat dilakukan oleh para frontliners kita, dan disiplin anda semua mematuhi PKP, kita akan dapat mengurangkan lagi kes-kes baharu COVID-19 ke tahap yang paling minima, dan membendung sepenuhnya penularan wabak ini.

Kita juga bersyukur kerana jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh meningkat dengan ketara. Seramai 3,542 pesakit COVID-19, atau 63.2 peratus daripada keseluruhan pesakit telah pun sembuh setakat ini. Kami harap dengan rawatan yang diberikan dan doa kita semua, lebih ramai pesakit COVID-19 akan sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Sekali lagi kita bersyukur kerana negara kita merupakan antara negara yang mencatatkan kadar kesembuhan yang tertinggi di dunia.

DAPAT SEDIKIT KELONGGARAN

Dengan penurunan kes COVID-19 yang ketara ini, dan kita harap trend ini akan berterusan, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan sedikit kelonggaran kepada kita.

Pertamanya, pelajar-pelajar yang masih berada di kampus, yang mana di peringkat awal dahulu mereka tak dibenarkan pulang kerana keadaan masih belum menentu dan kita nak pastikan mereka selamat, insyaAllah boleh pulang ke rumah masing-masing sedikit masa lagi. Proses untuk membawa pelajar-pelajar ini pulang sedang dirancang oleh kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

Keduanya, bagi anda yang berada di kampung atau di tempat lain dan hendak balik semula ke rumah masing-masing, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan bagi tujuan ini. Kebenaran ini hanya diberikan kepada mereka yang terperangkap di kampung atau di tempat lain sebelum kerajaan melaksanakan PKP yang pertama.

KERAJAN MENILAI DATA-DATA TERKINI

Dalam tempoh ini, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan.

Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya. Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor social,” ujar PM kita.

Alhamdulillah penurunan kes COVID-19 yang dicatatkan telah menunjukkan bahawa perintah kawalan pergerakan yang diberikan oleh kerajaan telah memberikan hasil, tidak mengapa walaupun kita tidak dapat pergi ke bazaar ramadhan kali ini. Tadapat beli murtabak, nasi berlauk dan juadah kuih-muih yang kita suka untuk berbuka puasa. Apa yang penting adalah kita selamat daripada bawak COVID-19 ini.

Facebook Comments