Tips

PERNIAGAAN PERLUKAN SSM

KENAPA PELU ADA SSM?

Kita sebagai peniaga kecil-kecilan perlu buat lesen perniagaan tak kira dari jenis apa pun perniagaan yang di lakukan, kenapa kita perlu buat SSM?

Kalau kita tiada lesen untuk sesuatu perniagaan pihak bank akan call kita apabila dah banyak duit jualan keluar masuk dalam account peribadi.

Bila pihak bank call kita mereka akan tanya dari mana datangnya duit yang di bankin kedalam account kita, pihak bank akan siasat sekiranya duit dah terlampau banyak sangat masuk kedalam account peribadi dan pihak bank akan bekukan account tersebut untuk mereka buat siasatan.

KENAPA PERLU ADA ACCOUNT SYARIKAT

Untuk mengelakkan account peribadi kita dibekukan oleh pihak bank kita perlu buat satu account syarikat agar senang untuk kita manage duit yang keluar masuk dan memudahkan pihak bank untuk buat semakan.

Kalau kita berniaga menggunakan account peribadi adakah customer yang beli barang dengan kita tu akan mempercayai yang kita ni betul-betul seller yang di percayai?

Nak bukak account company ni memang agak susah tapi daripada situ lah kita akan bersemangat untuk buat account syarikat, supaya customer lagi percaya untuk berurusniaga dengan kita.

SYARAT-SYARAT BUKA ACCOUNT SYARIKAT
  1. Lesen SSM
  2. Cop Syarikat (Bulat ataupun Petak)
  3. Deposit RM1K (Cimb), RM2K (Maybank)
  4. Introducer (Korang boleh cari kawan atau saudara-mara)

Untuk perniagaan online pun kita kena buat lesen kerana sekarang ni banyak penipuan dimedia sosial dan sebagainya, kalau kita tiada lesen untuk perniagaan online maka kita tak boleh buat perniagaan melalui online. Bukan tak boleh tapi pihak SKMM telah menetapkan syarat tersebut.

MACAM MANA NAK BUAT SSM?

Untuk pengetahuan korang semua bahawa sekarang ni kita boleh buat SSM secara atas talian sahaja dan kita tak perlu bersusah payah nak pergi pejabat SSM untuk buat lesen perniagaan, memandangkan sekarang ni kita dalam tempoh perintah kawal pergerakan (PKP) jadi SSM mempermudahkan urusan korang untuk buat lesen perniagaan.

Sebelum korang buat lesen perniagaan secara atas talian korang boleh call SSM terlebih dahulu untuk buat rujukan, Korang boleh SSM di no 03-7721 4000

Waktu operasi

Day : Monday – Friday

Service Counter : 8.15 am – 4.15 pm

Facebook Comments