PENGENALAN TENTANG ZAKAT
Mengeluarkan zakat merupakan kewajiban seorang Muslim dimana ia merupakan sebahagian daripada 5 Rukun Islam yang menjadi pegangan penganut agama Islam. Zakat berfungsi sebagai pembersih jiwa dan harta serta berperanan untuk membantu golongan yang layak menerimanya sebagai contoh golongan asnaf.
Dalil tentang zakat Allah telah berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 110 “Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat dan walau apa jua kebaikan disisi Allah akan diberikan ganjaran pahala. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa sahaja perkara yang dikerjakan”.
ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE
Zakat Fitrah bererti zakat yang diwajibkan kepada umat Islam apabila bulan Ramadhan sebelum Aidilfitri menjelang dengan kadar tertentu yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di sesuatu tempat. bagi tahun 2020 bersamaan Ramadhan 1441 Hijrah, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menetapkan kadar sebanyak RM7 untuk setiap individu yang tergolong dalam golongan yang diwajibkan. Zakat fitrah merupakan pelengkap kepada ibadah puasa iaitu dimana ia menyucikan manusia dari perbuatan sia-sia.
Dengan teknologi yang semakin canggih di zaman moden ini, PPZ MAIWP telah membuat satu usaha untuk memudahkan orang ramai di samping menjamin keselamatan masyarakat dikala wabak Covid-19 ini dengan menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat fitrah secara atas talian (online).
Caranya sangat mudah, anda hanya perlu layari laman sesawang fitrah.zakat.com.my serta lakukan beberapa langkah mudah untuk membuat pembayaran secara online. Tidak perlu keluar rumah lagi, hanya dihujung jari, haa mudah kan nak jadi umat Islam yang patuh dengan suruhanNya dan memanfaatkan teknologi ke jalan yang diredhaiNya.
Kalau nak buat dosa adakala beratus, beribu ringgit kita keluar tapi nak buat amal demi keredhaanNya berapa la sangat, itu menunjukkan betapa kasihnya Allah pada umatNya. Yang penting kita lakukan dengan ikhlas demi mendapat keredhaan disisiNya.
Langkah-langkah pembayaran secara online boleh rujuk gambar di bawah




Selain itu anda juga akan mendapat notifikasi melalui e-mel setelah membuat pembayaran dan didaftarkan di portal zakat2u


Sumber rujukan tambahan:
Facebook Comments