Dunia

OPERASI RUNNER PERSENDIRIAN DI WAKTU PKP

Kegiatan Runner telah menjadi antara sektor pekerjaan utama di Malaysia. Sumber : Penulis
PERKHIDMATAN RUNNER

Perkhidmatan penghantaran melalui kenderaan persendirian atau lebih mesra dikenali sebagai “runner” dikalangan masyarakat baik melalui aplikasi mahupun persendirian telah menjadi antara sektor utama di zaman ini berikutan teknologi yang semakin canggih serta situasi masyarakat yang semakin sibuk dengan urusan seharian di zaman moden ini.

Selain dari itu ditambah dengan serangan wabak Covid-19 yang menyebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan juga telah menjadikan sektor runner sebagai salah satu penyumbang utama dalam melancarkan operasi seperti urusan persendirian ataupun perniagaan atas talian yang melibatkan penghantaran dokumen, barangan atau makanan.

Runner beroperasi melalui berbagai cara dan pelbagai jenis kenderaan, kenderaan yang paling menjadi pilihan utama adalah motorsikal kerana ia dianggap lebih mudah, cepat serta menjimatkan kos dimana penghantaran oleh runner dapat dilakukan dengan lebih efisyen berbanding menggunakan kenderaan lain.

TEMPIAS DARIPADA COVID-19

Itulah sedikit penerangan tentang runner di Malaysia, topik utama dalam artikel ini adalah berkenaan runner persendirian yang tidak melibatkan aplikasi penghantaran utama misalnya seperti Grab, Bungkusit, Panda, Lalamove dan sebagainya.

Penulis terdetik untuk mengupas topik ini berikutan terdapat rungutan dari individu yang menjalankan perkhidmatan runner secara persendirian yang mengalami tempias daripada PKP dimana hanya runner yang berkhidmat dibawah aplikasi sahaja diberi akses untuk melepasi sekatan sedangkan runner persendirian boleh memainkan peranan sebagai perkhidmatan alternatif sekiranya aplikasi tidak dapat digunakan.


Hal ini bukan sahaja memberi tempias kepada runner tetapi ia juga menyukarkan pengguna kerana ada pengguna yang lebih gemar menggunakan runner persendirian, hal ini kerana ada yang berpendapat bahawa lebih mudah berurusan dengan runner persendirian dan ada kalangan mereka yang menjadikan runner persendirian sebagai runner tetap kerana mempercayai dan mempunyai hubungan rapat dengan individu tersebut.

PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Walaupun begitu hal ini sebenarnya dapat diatasi sekiranya runner persendirian mendaftarkan perniagaan mereka melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan Malaysia bagi tempoh PKP ini iaitu hanya menjalankan operasi penghantaran dalam jarak atau radius 10km dari tempat asal.

Selain dari itu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga telah melakukan satu insentif bagi runner di kawasan perbandaran, pendaftaran dibuka mulai 25 April 2020. Untuk maklumat boleh rujuk pada gambar atau melalui laman sesawang www.mpaj.gov.my. Selain dari itu runner yang berdaftar juga boleh mencuba untuk dapatkan pelepasan dari Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan operasi mereka.

Cara mendaftar sebagai runner di bawah kawasan seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sumber : MPAJ


Mungkin ada yang berpendapat bahawa mendaftarkan diri dengan pihak berwajib adalah rumit dan melecehkan tapi bagi penulis ia tidaklah sesukar yang disangka. Perkara ini dapat memastikan operasi lebih lancar dan terjamin sekaligus mampu menjadikan sektor runner sebagai perniagaan yang lebih serius, lebih mudah mendapat kepercayaan dari masyarakat serta mampu menjana pendapatan yang lebih stabil.

Sumber : MPAJ

Facebook Comments