Bisnes

NO PENDAFTARAN BARU SSM

Pada tarikh 11/10/2019 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melancarkan format baharu no pendaftaran untuk entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pelancaran baharu ini kami dapat tahu apabila kami memperbaharui SSM kami pada bulan 2 hari tu.

CONTOH NO PERDAFTARAN BARU SSM

Diatas ini adalah contoh gambar rajah menunjukkan no pendaftaran baharu yang mempunyai 12 digit pada setiap SSM yang dimiliki oleh setiap perniagaan.

Kami juga telah membuat semakan lebih terperinci melalui laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati maklumat tersebut adalah sahih yang telah diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

FORMAT TERBARU DARI SSM

Format baharu ini telah diperkenalkan bagi menggantikan nombor pendaftaran syarikat, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad sedia ada.

Ini selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menggunakan satu format pendaftaran tunggal bagi entiti perniagaan di Malaysia di bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana 2012 hingga 2020.

Format nombor pendaftaran baharu ini akan menggantikan nombor pendaftaran syarikat sedia ada bagi semua syarikat pada tarikh yang akan diumumkan oleh SSM kemudian.

Format nombor baharu ini mengandungi empat nombor pertama menunjukkan tahun entiti perniagaan tersebut diperbadankan, dua nombor berikutnya menunjukkan jenis entiti perniagaan dan enam nombor berikutnya menunjukkan turutan nombor (running number) entiti perniagaan tersebut.

ADAKAH NO PENDAFTARAN LAMA MASIH BOLEH DIGUNAKAN?

Untuk makluman, nombor pendaftaran sedia ada masih boleh digunakan bersama dengan format baharu nombor untuk satu tempoh masa yang akan dimaklumkan kemudian.

Pemilik perniagaan juga tidak perlu membuat perubahan pada surat rasmi, invois, papan tanda dan cetakan lain-lain dokumen sehingga SSM memaklumkan tarikh penguatkuasaan penggunaan satu format nombor sahaja. Namun begitu, penggunaan format baharu nombor pendaftaran adalah digalakkan.

PERLU KE TUKAR COP BARU DENGAN LETTERHEAD BARU?

Kepada yang pernah ada cop syarikat dan letterhead yang lama anda boleh buat yang baru untuk menggantikan cop syarikat dan letterhead yang lama.

Kerana ini adalah selaras dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tapi apa-apa pun anda boleh semak terdahulu dengan pihak SSM untuk maklumat lanjut.

Anda boleh berhubung dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ditalian berikut 03-77214000 ataupun email ke enquiry@ssm.com.my

Anda juga boleh semakan dengan lebih terperinci dilaman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia disini : www.ssm.com.my

Facebook Comments