Dunia

NAK TURUN BAGI BANTUAN ATAU NAK TAYANG KERETA

Sejak akhir-akhir ini bermacam-macam post yang muncul apabila ada seorang hamba Allah turun memberikan bantuan kepada keluarga dan asnaf yang kurang berkemampuan.

Ada sahaja yang tak puas hati dan ada sahaja kecaman yang diberikan kepada hamba Allah tersebut.

ADA PAGE YANG TAK PUAS HATI

Baru-baru ini ada sebuah page buat satu post yang mendatangkan kemarahan orang ramai dengan menulis “Nak turun bagi bantuan ke nak tayang kereta mewah?”

Rata-rata ramai yang menyatakan ketidakan puas hati terhadap page tersebut.

BIAR DIA BUAT KERJA DAN JANGAN KITA GANGGU DIA

Biarlah hamba Allah itu buat kerja dia kerana belum tentu kita mampu untuk buat kerja seperti dia, kenapa kita perlu dengki antara satu sama lain sedangkan dia langsung tak menggugatkan ekonomi kita.

Kalau betul tak puas hati mari kita sama-sama turun berikan bantuan dan jangan kita hanya tahu mengata dan menulis dimedia sosial sahaja, sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan beban yang beliau tanggung.

SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH

Sepatutnya kita harus mengucapkan terima kasih kerana dia sudi membantu golongan asnaf yang kurang berkemampuan.

Bukannya kita hentam dia kaw-kaw kita sepatutnya bersyukur ada seorang manusia seperti dia yang sudi membantu dan meringankan beban kepada keluarga dan juga asnaf yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan harian.

DUDUK DIAM-DIAM DAN TENGOK SAHAJA

Lebih baik kita duduk kat rumah diam-diam daripada kita kecam sana kecam sini.

Daripada kita buat kerja yang tak berfaedah tu baik kita ulang kaji balik diri kita dan santai bersama keluarga.

Lebih baik kita jaga keluarga kita daripada kita jaga tepi kain orang lain kerana belum tentu kain kita akan tertutup dengan rapat, renung-renungkanlah jangan kerana kita tak puas hati nanti ramai yang benci dengan kita.

NAK RASA PEDAS WAKTU BERBUKA?

Kepada sesiapa yang suka makan pedas tak kira hari biasa atau pun bulan puasa?

Meh try rasa sambal paling MELETOP iaitu sambal HIJAU LETOPZZ keluaran daripada AMBP MIND RESOURCES ni, confirm korang tak menyesal try sambal HIJAU LETOPZZ ni 😉

Untuk pembelian korang boleh KLIK DISINI

Facebook Comments