Tips

KORANG NAK JADI RIDER DELIVERY?


Sumber gambar : Google

Kerja sebagai rider delivery tak hina tapi bukan lah perkara mudah seperti yang disangkakan. Ada yang anggap orang yang berkerja sebagai rider macam kita ni “Kuli batak”.

Tapi cuba kita perhatikan berapa ramai yang bertugas sebagai seorang rider untuk menampung kehidupan seharian.

Kerana sekarang bukan lah zaman seperti dulu kala zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit. Sebagai contoh kita nak pergi toilet pun kena bayar RM0.30.

Sumber gambari : Google

Benda paling penting yang perlu kita tahu bila jadi seorang rider ialah kita kena tengok keadaan sekeliling terlebih dahulu dan kita kena tengok berapa ramaikah yang menggunakan perkhidmatan delivery untuk penghantaran barang dan sebagainya.

Sebelum nak mulakan tugas sebagai seorang rider kita kena tahu tempat hotspot (Tempat yang banyak order masuk), jadi takde lah korang mengbangau kat bawah pokok.

Sebab untuk menjadi seorang rider ni kita kena fikirkan kos minyak, makan, rokok (Sekiranya korang merokok), maintainance motor dan sebagainya.

Gambar : Google

Nak jadi seorang rider ni kita sanggup tak nak hadap tengah hari terik, hadap jem (Sekiranya bawak kereta) kita kena beratur untuk ambik parcel kat pos laju dan macam lagi.

Jadi sebelum kita berhenti kat tempat kerja hakiki kita kena fikir masak-masak dan berkata dalam hati “Betul ke aku nak jadi rider ni, sanggup ke aku nak hadap tengah hari terik untuk hantar parcel kat customer”.

Dalam hidup ni memang kita diberikan pilihan jadi sebelum kita buat sesuatu pilihan yang tepat, kita kena fikir “Boleh ke aku nak hadap job banyak-banyak dengan sekali jalan.”

Sebenarnya nak jadi ‘rider’ ni kita kena banyak bersabar kerana tak semestinya dalam satu hari tu kita akan dapat job banyak, kadang-kadang dalam satu hari tu kita balik dengan tangan kosong tapi kita kena percaya pada rezeki dan tak semestinya hari ni langsung takde job esok dah taknak buat lagi.

Memang betul jadi seorang rider ni nampak macam best sebab kita boleh cuti sesuka hati, kita boleh mulakan tugas ikut masa kita sendiri, tapi kita kena tahu jugak kalau nak jadi seorang rider ni kita kena berdisplin dalam melakukan sesuatu tugas.

Kenapa kita kena berdisplin sebelum mulakan sesuatu tugas? Jadi di sini kita ambik sebagai satu contoh.

Contohnya korang dah deal dengan customer untuk buat penghantaran barang customer korang tu kepada customer dia pada keesokkan paginya.

Tiba-tiba keesokkan paginya korang tak bangun dan apakah tindakan korang untuk berikan jawapan kepada customer yang korang dah deal semalam?

Apabila berlaku perkara sebegini adakah kita rasa customer akan percaya dan akan menggunakan perkhidmatan kita lagi? Jadi kalau kita nak deal atau pun melakukan sesuatu tugas kita kena fikir betul-betul.

Jadi sebelum korang nak jadi seorang ‘rider’ korang kena fikir sehabis mungkin. Kami sarakan kepada korang adalah lebih baik sekiranya korang jadi rider part time dulu sebagai backup plan.

Kerja hakiki korang tu jangan korang tinggalkan kerana kalau korang tinggalkan korang kena fikir faktor-faktor tertentu.


Sekiranya post ini bermanfaat korang boleh share kepada rakan-rakan yang lain 😉

Facebook Comments