Dunia

KISAH RIDER BUNGKUSIT

BEG DELIVERY SAIZ 23LITER

Dengan berbekalkan sebuah beg delivery bersaiz 23Liter seorang rider menjalankan tugas seperti biasa, dalam aplikasi, rider tersebut menerima satu job daripada customer dimana perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 Jam untuk sampai ke destinasi penghantaran.

Rider pun menerima job tersebut tanpa banyak bicara, selepas rider accept job tersebut rider pun terus bergerak ke tempat pickup untuk mengambil job yang diterima tadi.

UPAH PENGANTARAN

Sampai disana rider pun chat customer tersebut untuk double confirm tempat pickup seperti yang diletak oleh customer didalam aplikasi, selepas rider double confirm tempat pickup rider pun menunggu dalam 5minit sementara customer turun kebawah untuk mengambil barangnya.

Selang beberapa minit customer pun datang kepada rider tersebut untuk memberikan barang yang ingin dihantar ke tempat drop off, dengan bayaran lebih kurang RM40+ rider pun terus bergerak ke tempat drop off tanpa berkata apa-apa.

HUJAN TIBA-TIBA

Dalam perjalanan rider selalu berdoa semoga perjalanan dipermudahkan barang tiba kepada customer dengan selamat, diatas motor rider melihat map untuk mengetahui jarak perjalanan ke destinasi yang di tuju.

Setelah setengah perjalanan, tiba-tiba hujan pun mulai turun membasahi bumi, rider terpaksa berhenti ditepi jalan untuk memakai baju hujan sebelum meneruskan perjalanan. Selepas memakai baju hujan rider pun meneruskan perjalanan untuk menghantar pesanan tadi.

HAMPIR KEHABISAN MINYAK

Bila sampai di satu simpang rider melihat meter minyak hampir menunjuk kearah E, rider pun mencari dimana pam yang berdekatan agar rider dapat mengisi minyak dengan segera. Syukur ada pam minyak petronas yang berdekatan dengan rider.

Selepas minyak di isi rider pun meneruskan perjalanan untuk ke destinasi yang di tuju, sambil menunggang motor sesekali rider menjeling kearah phone untuk melihat berapa jauh lagi jarak perjalanan untuk sampai ke tempat drop off.

ALHAMDULILLAH, SAMPAI JUGA AKHIRNYA

Alhamdulillah, akhirnya rider sampai ditempat drop off seperti yang tertera di dalam maps, tapi rider agak tersentap sedikit bila sampai customer di tempat drop off seakan tidak mesra melayani rider.

Dengan muka customer yang agak kelat lalu ia bertanya berapakah harga fare penghantaran barang ini, lalu rider pun memberikan jumlah yang tertera di dalam apps tadi. Dalam hati rider bersangka baik mungkin customer agak keletihan atau dia memang bukan orang yang berpewatakan mesra atau ceria.

PULANG KERUMAH

Selepas selesai penghantaran, rider pun meneruskan perjalanan untuk pulang kerumah semula, dalam perjalanan pulang kerumah rider berdoa agar dapat la job sementara dalam perjalanan pulang, tapi apakan daya mungkin rezeki Allah takat tu saja untuk rider. Biarpun kecewa tetapi sebagai seorang Muslim rider tetap bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.

Lalu rider berhenti ditepi jalan untuk menutup apps agar batteri telefon dapat di pakai ketika sampai di rumah nanti dan meneruskan perjalanan pulang.

Facebook Comments