Dunia

KERANA PKP PERNIKAHAN DIJALANKAN SECARA ONLINE

PERNIKAHAN ONLINE PERTAMA DI MALAYSIA

Seperti yang kita tahu banyak majlis pernikahan terpaksa di tangguhkan oleh pasangan mempelai kerana PKP

Pernikahan secara online pertama di malaysia, secara tak langsung ia memudahkan pasangan mempelai untuk mendirikan rumah tangga.

Semalam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan satu Majlis Akad Nikah satu pasangan mempelai secara dalam talian (ONLINE) yang pertama di malaysia, kerana kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19.

Wow ! Ini pertama kali dalam sejarah kami tahu pernikahan secara dalam talian untuk mempermudahkan urusan kedua mempelai ini.

Tahniah kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana permudahkan urusan mereka.

Segalanya tidak mustahil kerana dunia semakin maju sekarang

Menurut satu portal, Majlis pernikahan yang pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin.

Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29. Pernikahan disempurnakan dalam sekali lafaz.

Majlis pernikahan diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi tadi.

Majlis pernikahan disaksikan oleh Menteri

Disebabkan ini dilakukan yang pertama malaysia, majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail. Secara tak langsung terus jadi majlis VVIP walaupun hanya di rumah secara online. Tetap padu!

Majlis pernikahan online tersebut itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara video conference berdasarkan garis panduan dan borang permohonan yang ditetapkan.

Bukan hanya di Malaysia sahaja, antara negara yang telah melaksanakan pernikahan secara online ini ekoran penularan wabak COVID-19 adalah Emeriyah Arab Bersatu (UAE). Jadi lepas ni korang boleh lah nikah secara online.

Sumber : donna

Facebook Comments