Dunia

DALAM MASA 12 JAM, PDRM MENERIMA 300.000 PERMOHONAN BERGERAK DARI INDIVIDU DAFTAR DALAM APLIKASI GERAK MALAYSIA

100.000 individu membuat permohonan bagi melakukan perjalanan kerana terkandas dikampung halaman atas susulan pengisyhtiaran PKP
HANYA DALAM MASA 12 JAM

Hanya dalam masa 12 jam, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima kira-kira 300.000 permohonan permit pergerakan antara negeri dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui Aplikasi Gerak Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah tersebut 100.000 individu yang dikampung susulan pengisyhtiharan PKP telah memohon permit perjalanan untuk pulang kerumah masing-masing

Tambahnya lagi, angka tersebut dijangka meningkat berkali ganda menjelang 29 April ini.

UNTUK MEMASTIKAN

“Pihak polis perlu memastikan agar setiap permohonan hanya untuk tujuan yang dibenarkan demi mengelakkan kesulitan serta memastikan perjalanan yang lancar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata dalam tempoh yang telah ditetapkan, pihak polis akan memantau dan menilai terlebih dahulu trend permohonan yang diterima melalui aplikasi tersebut.

Tambah beliau hasil pemantauan dan penilaian, katanya, akan dimaklumkan kepada kerajaan agar tarikh pergerakan seperti mana yang telah diumumkan kepada kerajaan agar tarikh yang ditetapkan bersesuaian dengan jumlah permohonan yang di terima.

BERIKAN KERJASAMA

Huzir juga menasihati orang ramai agar memberikan kerjasama dengan membuat permohonan diatas sebab yang sahih.

Beliau berkata kerjasama dari semua pihak adalah penting untuk memastikan sistem aplikasi tersebut dapat dimanfaatkan kepada mereka yang perlu melakukan pergerakan antara negeri.

PERKEMBANGAN AKAN DIUMUMKAN

“Pekembangan lanjut mengenai jadual pergerakan antara negeri tersebut akan diumumkan kelak,” katanya.

Sumber : Bernama

Facebook Comments