Dunia

COVID-19 MENYERANG DUNIA


TARIKH 18/3/2020

Perdana menteri telah umumkan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) agar semuanya kembali normal seperti biasa dan setiap keluarga hanya seorang sahaja di benarkan untuk membeli barang keperluan.

Apabila perintah tersebut telah diumumkan oleh perdana menteri semua perniagaan dihentikan buat sementara waktu.

Tak kira jenis apa perniagaan pun dari peniaga kecil hingga ke peniaga besar diarahkan TUTUP dengan serta merta.

Bila perintah tersebut telah diumumkan oleh perdana menteri ramai pemilik bisnes dan office terpaksa CUTIKAN staff tanpa gaji demi memulihkan keadaan.

Tapi ada juga yang ingkar arahan dengan sanggup membuka perniagaan katanya kami sebagai peniaga kena bayar sewa.

Pemilik premis ini memberikan alasan yang tak munasabah demi kepentingan diri sendiri dan langsung tak fikirkan keselamatan orang lain yang menjaga kesihatan.

Bukan hanya sekadar pemilik premis sahaja yang ingkar arahan tetapi ada rakyat malaysia yang degil dengan berpusu pusu balik kampung kerana mereka ingat ini adalah cuti yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Mereka tak sedar bila kita berkumpul ramai ramai boleh menyebabkan penyakit berjangkit merebak begitu cepat dan mereka telah membawa penyakit berjangkit ini kepada keluarga mereka sendiri.

Adakah kita sedar bahawa FRONTLINER begitu bertungkus lumus berjaga siang malam tinggalkan keluarga mereka demi membunuh penyakit berjangkit ini.

Tapi kenapa kita tetap berdegil dengan sesuka hati balik kampung lah pergi berjogging lah tanpa rasa bersalah dan kita anggap penyakit ni boleh dengan segera.


RAMAI MENINGGAL

Wahai rakyat malaysia sedarkah kita bahawa berapa ramai yang telah meninggal dunia akibat kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain yang bertungkus lumus membasmi covid-19 ini.

Tahukah anda bila kita telah kena dengan penyakit berjangkit ini bahawa keluarga/sahabat/sanak saudara langsung tak boleh malawat kita hospital.

Apabila kita meninggal dunia kerana penyakit ini mereka tidak dibenarkan melawat/mandikan ataupun kafankan kita.

Kenapa kita terlalu degil dan susah sangat nak dengar arahan yang diberikan kepada kita

Kenapa kita perlu berpusu pusu balik kampung sedangkan arahan yang diberikan adalah duduk dirumah dan keluar bila perlu sahaja ini tidak kita suka memberikan alasan yang tak menusabah kepada FRONTLINER yang bertugas.

Sedangkan kita sedar bila kita langgar arahan tersebut kita boleh dikenakan tindakan tapi kita buat buat tak sedar dengan sengaja kita melanggar arahan tersebut.


PKP DI LANJUTKAN

Pada tarikh 10/4/2020 perdana menteri telah umumkan sekali lagi bahawa PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) telah di lanjutkan bermula 15/4/2020 hingga 28/4/2020.

Kenapa perkara sebegini berlaku kepada kita? Kerana kita ni terlalu degil untuk menerima arahan dan kita memang sengaja tak dengar arahan yang diberikan kepada kita.

Dalam keadaan yang sedang huru hara ada juga sesetengah peniaga mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

Kesempatan yang diambil oleh peniaga ini adalah mereka menjual mask/sanitizer dengan harga yang tak masuk akal.

Sedangkan di singapore menjual mask/sanitizer dengan harga mampu milik tapi kenapa kita perlu jual dengan harga sebegitu?

Adakah kita menjual mask/sanitizer dengan harga tak masuk akal boleh mendatangkan keuntungan kepada kita?

Bukan sahaja setakat menjual mask/sanitizer dengan tak masuk akal tapi ada yang sanggup mencuri demi kepentingan diri sendiri.

Tahukah anda bila kita mencuri sanitizer yang ada dekat hospital tersebut kita telah menyusahkan doktor yang bertugas kat situ untuk mencari yang lain di sebabkan kepentingan kita sendiri.


BANTU FRONTLINER

Kita sebagai rakyat malaysia sepatutnya membantu FRONTLINER demi menjaga keamanan negara bukan sahaja menjaga keamanan tapi demi membasmi covid-19 ini agar negara kita kembali normal seperti biasa.

Jangan lah kita degil untuk mendengar arahan walaupun arahan telah diperketatkan oleh perdana menteri.

Sebenarnya kita boleh berfikir dengan baik tapi kita taknak gunakan pemikiran dengan baik kerana apa kita taknak guna pemikiran kita dengan baik?

Kerana kita mengatakan duduk kat rumah terlalu bosan sedangkan bila berlaku waktu beginilah kita perlu manfaatkan dengan keluarga yang terinta iaitu anak dan isteri kita, adakah kita sedar selama ini kita tak pernah mengambil berat sedikit pun tentang keluarga kita sendiri.

Kenapa perkara sebegini berlaku dekat dunia ini kerana Allah tu tak kejam dan ini adalah satu peringatan untuk diri kita beserta keluarga kita agar kita mengingatinya.

Adakah kita sedar selama ini kita tidak pernah sedikit pun mengingatinya kita ingat dia apabila kita dapat hadiah ataupun kita dapat beli sesuatu yang berharga.

Selepas kita dapat hadiah ataupun sesuatu yang berharga kita dengan secara automatiknya melupakan dia, sepatutnya bila berlaku perkara begini kita harus bertawakal/solat dan berdoa kepada Allah S.W.T agar semuanya kembali normal seperti biasa tapi kita tidak sedikit pun lakukan perkara tersebut.

Kita selamba sahaja keluar tanpa urusan penting dan tanpa surat kebenaran daripada pihak atasan kita mengatakan kita keluar sebab nak pergi jumpa kawan lah, kita keluar sebab nak beli makanan dan sebagainya.

Sedangkan arahan telah diberikan kita hanya keluar apabila perlu sebagai contoh barang dapur habis jadi ini baru kita diwajibkan untuk keluar rumah kerana frontliner pun ada perasaan untuk melepaskan kita pergi beli barang dapur.

Wahai rakyat malaysia jangan lah kita terlalu degil kerana kita degil lah perkara sebegini takkan pulih dengan sepenuhnya kita kena fikir penat lelah frontliner yang bertugas diluar sana dan kita perlu menitik beratkan tentang frontliner yang sanggup tinggalkan keluarga demi membasmi penyakit ini.

Janganlah kita fikir “oh aku pun ada keluarga jugak tapi takde masalah pun” tahukah anda bahawa FRONTLINER yang bertugas diluar sana tu mereka terpaksa berjauhan dengan anak/suami/isteri sebelum mereka betul betul bersih daripada penyakit jangkit ini.


PELUK ANAK DI BALUTI PLASTIK

Kami ada terbaca satu post dekat facebook ada seorang ayah yang bertugas terpaksa peluk anak yang di baluti plastik demi melepaskan rindu kepada anak mereka.

Bila kami ternampak post tersebut secara automatik airmata kami mengalir kerana kami sedih melihat keadaan tersebut tapi kita ni tetap dengan keputusan kita nak keluar rumah macam kita ni langsung tak ada perasaan kasihan sedikit pun dekat frontliner yang tak berjumpa dengan anak/suami/isteri mereka.

SEBAHAGIAN MEREKA YANG DEGIL

Gambar tersebut kami dapat kat facebook dan cuba kita lihat berapa ramai rakyat malaysia yang masih berdegil keluar rumah tanpa apa apa urusan.

Gambar ini adalah fasa ketiga PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN yang telah di sambung sehingga 28/4/2020 kita hanya berpuasa di rumah dan tiada bazar ramadhan pada tahun ini demi mengelak orang ramai pergi ke bazar ramadhan.

Sekarang ni undang undang telah di perketatkan oleh perdana menteri kepada sesiapa yang keluar tanpa ada urusan penting mereka akan dikenakan hukuman tanpa banyak soal.

Perkara begini berlaku kerana kedegilan kita sendiri dan janganlah kita salahkan perdana menteri yang menjalankan tugas demi mnjaga keselamatan rakyat.


MAKANAN DI BUANG

Kami ada terbaca satu artikel yang mengatakan ada pelajar universiti pertikaikan makanan/minuman yang telah diberikan oleh pihak universiti kepada mereka dan mereka berkata makanan tersebut tak begitu selera untuk mereka makan.

Ada makanan yang buang oleh pelajar universiti tersebut disebabkan makanan yang diberikan tak sedap kerana mereka hanya makan makanan yang sedap sahaja selama ini dan kenapa bila berlaku PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN mereka tak boleh dapat makanan sedap seperti biasa.

Adakah kita sedar bahawa masih ramai geledangan yang tak makan/minum berkeliaran diluar sana, adakah kita sedar bahawa binatang di zoo negara pun tak mengcukupi makanan bila berlaku perkara sebegini.

Janganlah kita pertikaikan tentang makanan kerana disebabkan kita tak boleh keluar kita protes taknak makan lah dan sebagainya kita kena fikir berapa ramai lagi yang tak makan/minum diluar sana demi menjaga keselamatan rakyat.


BARISAN HADAPAN YANG BERTUGAS

Cuba kita lihat gambar diatas mereka sanggup bertugas untuk kita tapi apa yang kita bagi kepada mereka? Adakah kita memudahkan kerja mereka tapi kita tambahkan lagi bebanan kerja kepada mereka dengan sesuka hati kita sahaja keluar.


CERITA KEPADA ANAK CUCU

Apa yang akan kita ceritakan kepada anak cucu apabila kita sudah meningkat usia suatu hari nanti.

Adakah kita akan cerita tentang kedegilan kita kepada anak cucu kita ketika covid-19 menyerang dunia suatu ketika dahulu pasti kita tak akan cerita tentang kedegilan kita tapi kita cerita yang kita duduk rumah demi membunuh penyakit berjangkit ini.

Padahal kita tak duduk rumah pun kita keluar rumah tanpa fikir apa akibatnya akan berlaku kepada kita dan keluarga kerana bagi kita penyakit covid-19 ini boleh sembuh bila bila masa sahaja.

Kalau kita cerita tentang kedegilan kita kepada anak cucu pasti mereka akan bertanya kenapa atuk/nenek dulu tak duduk bila covid-19 datang melanda dunia suatu ketika dulu pasti kita bagi alasan dengan berkata atuk/nenek bosan lah duduk rumah jadi atuk/nenek pun keluar lah.

Anda rasa apakah reaksi anak cucu kepada kita nanti pasti mereka akan gelak dan apabila mereka besar nanti pasti mereka akan ikut jejak langkah kita yang degil.

Jadi kita tak boleh marah mereka kerana mengikut jejak langkah kita.

Sekiranya kita taknak anak cucu mengikut jejak langkah kita suatu hari nanti.

Kita haruslah bermula dengan diri kita dulu untuk berubah kearah kebaikan dengan mendengar arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada kita.

Kita harus patuh dengan undang undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan kalau kita taknak mereka ikuti jejak langkah kita.

Itulah satu satunya cara untuk berubah kearah kebaikan demi menjadi rakyat yang makmur dan berdisplin kepada kerajaan sekiranya kita nak kerajaan bantu kita.

Seharusnya kita bantu mereka terlebih dahulu dengan duduk dirumah dan sayangilah keluarga anda jangan kerana kedegilan anda mereka merana seumur hidup.

Facebook Comments